Monday, September 19, 2011


Windows adalah salah satu software sistem operasi yang dikeluarkan oleh perusahaan Microsoft Inc. Microsoft Windows adalah software sistem informasi yang paling popular untuk para pengguna PC. Tampilan Windows yang “user friendly” membuatnya menjadi pilihan utama.

Melihat perkembangan Windows yang sangat pesat yang dimulai dari awal tahun 90-an dengan mengeluarkan Windows versi 3.11 lalu diikuti dengan Windows 95, 98, 2000, Me, Windows Xp dan Windows 7 .Semakin baru versi Windows semakin memudahkan para penggunanya dalam menggunakan sistem operasi tersebut mahupun dengan dorongan dari software aplikasi yang lain.


Saturday, September 17, 2011

Linux


Linux adalah sistem operasi seperti Windows yang mempunyai banyak versi iaitu

Terdapat perbezaan antara Linux dan Windows antaranya :














Selain dari aspek konfigurasi sistem, terdapat banyak lagi aspek pebezaan antara Linux dan Windows Iaitu dari segi perkembangan awal, HAKI, kelengkapan program dan Program aplikasi,


Sejarah Linux

Pengasas Linux : Linus Benedict Torvalds. Linux diperkenalkan pada tahun 1992 dan telah dibangunkan oleh ratusan jurukod/programer di seluruh dunia. Antara tokoh yang sinonim dengan Linux lainnya ialah :


Friday, September 16, 2011

Linux Fedora


Fedora adalah operating system berasaskan Linux yang menampilkan perkembangan muktakhir dalam opensource sistem. Fedora selalu bebas untuk siapa pun untuk menggunakan, mengubah, dan menyebarkannya. Fedora dibangun oleh programer2 dan freelancer di seluruh pelusuk benua yang bekerja samada dalam komuniti ataupun untuk Projek Fedora. Projek Fedora terbuka dan semua orang. Sesiapapun boleh memberikan hasil idea atau kepakaran masing-masing dalam menyumbang kemajuan hasil sistem fedora. Projek Fedora jauh kehadapan kita. Memimpin, berkembang pesat untuk menjadikannya sistem yang paling laris dan popular untuk abad ini. Fedora (sebelumnya bernama Fedora Core, juga disebut juga dengan Fedora Linux) adalah sebuah distro Linux menggunakan package RPM dan installation YUM yang dikembangkan oleh Fedora Project. Ianya dijana oleh komuniti pemprogram serta ditaja oleh Red Hat. Nama Fedora berasal dari karakter fedora yang digunakan di logo Red Hat. Pada keluaran 1 sampai 6, distro ini dinamakan Fedora Core yang kemudian berubah menjadi Fedora pada keluaran ke.


Tutorial installation Fedora



Linux openSUSE


openSUSE, adalah sistem operasi umum yang dibina dari Linux kernal yang terbaru, dihasilkan dari komuniti yang dibiayai dan disokong oleh openSUSE project serta Novell. Selepas memperolehi SUSE Linux pada tahun 2004, Novell buat keputusan untuk hasilkan SUSE Linux Proffesional yang ianya 100% percuma berasaskan projek opensource yang disertai oleh komuniti dan developer.

Pada peringkat awal distro yang dikeluarkan oleh projek komuniti adalah versi Beta SUSE Linux 10.0. Pada Nov 2009 pula, openSUSE telah menghasilkan keluaran yang stabil iaitu openSUSE 11.2. openSUSE dihasilkan oleh openSUSE komuniti dan ditaja oleh Novell untuk dibangunkan dan diselaraskan komponen-komponen SUSE Linux distributions. 

openSUSE popular pada pengguna Desktop dan ianya banyak digunakan dalam organisasi atau syarikat-syarikat besar yang kendalikan sejumlah besar komputer untuk gantikan sistem operasi berlesen seperti Microsoft Windows. openSUSE juga cekap dalam laksanakan proses networking dan program-program C++, java dan web base system.

openSUSE sangat menarik apabila dipadankan dengan KDE desktop. Keluaran KDE terbaru untuk openSUSE adalah versi KDE 4. Ianya versi terbaru dan masih dalam peringkat update.


Tutorial Open SUSE




SELAMAT mencuba..............!


Linux Ubuntu


Ubuntu merupakan sebuah sistem operasi yang berasaskan Linux atau lebih tepat lagi menggunakan pengeluar Debian Linux. Secara mudahnya, Ubuntu adalah satu lagi pilihan selain dari Windows untuk digunakan bersama perkakasan komputer. Lebih menarik, Ubuntu berasaskan sumber terbuka dan bebas, maka ia boleh digunakan secara percuma tanpa sebarang bayaran ataupun lesen.

Sejarah Ubuntu

Syarikat yang bertanggungjawab untuk pembangunan sistem ini ialah sebuah syarikat berpangkalan di UK Canonical. 
Ubuntu mengambil nama sempena ideologi Afrika Selatan membawa maksud “kemanusiaan kepada semua”.
 Ltd dengan kerjasama Ubuntu Faundation. Syarikat ini dimilki oleh warganegara Afrika Selatan iaitu Mark Shuttleworth.

Mark Shuttleworth

Bermula apabila mark Shuttleworth mengumpulkan penggiat perisian sumber terbuka sekitar 2004 untuk membangunkan sebuah sistem operasi berasaskan linux yang baru. 6 bulan kemudian, terbitlah hasil pertama mereka dengan menggunakan nama Warty Warthog bernombor siri 4.10 yang melambangkan tahun (4=2004) dan bulan (10). Dalam tempoh masa 2 minggu sahaja selepas versi 4.10 dikeluarkan, Ubuntu yang berketurunan daripada Debian mampu menarik sehingga 3000 pembangun dan penyumbang idea untuk memantapkan lagi versi seterusnya.


Tutorial Installation Ubuntu


SELAMAT MENCUBA.....!