Friday, August 19, 2011

Mengapa perlu format komputer anda?


Mungkin pada satu ketika, komputer anda mengecewakan anda, maka kebanyakan masa anda habis untuk memperbaiki kerosakan perisian dan membuang virus hanya menemui jalan buntu. Atau mungkin, anda telah mencuba pelbagai cara untuk menjalankan semula system anda tetapi ia masih beroperasi dengan perlahan. Secara umumnya, melainkan kita mempunyai pengetahuan dalam pemulihan sesuatu masalah, ia masih sukar untuk dipulihkan. Apabila ini berlaku, memformat komputer merupakan cara yang boleh membantu. Dengan sekali format, ia membasmi masalah dan membawa komputer anda kembali dalam keadaan baik.


Memahami format dan sebab-sebabnya.
 

Adalah penting untuk memahami bahawa format penuh akan menghilangkan semua benda di dalam cakera keras, pemeriksaan dan tanda-tanda bad sector dan memasang sistem operasi yang baru. Dengan ini, anda perlu bermula dari awal menghapuskan data-data lama, lebihan-lebihan fail dan program-program yang tidak diperlukan. Oleh itu, anda perlu menyimpan fail-fail penting terutama yang berada di dalam my documents kerana sebaik sahaja anda memformat komputer anda, berkemungkinan sukar untuk anda mendapatkan kembali fail-fail tersebut meskipun dengan pemulihan data.

Apa yang perlu anda sediakan sebelum anda mulakan format,

  1. Windows operating system installation disc with CD-KEY
  2. Device Drivers (pemacu peranti)
  3. Antivirus software

Jika anda tidak mempunyai semua peralatan tersebut, atau mungkin anda telah buang secara tidak sengaja,  satu altenatif ialah dengan memuat turun driver tersebut dari internet. Log masuk laman web pengeluar-pengeluar dan pergi ke seksyen SUPPORT. Kebanyakan driver, utiliti-utiliti dan bahan untuk pemulihan masalah merupakan ditempatkan dibawah seksyen itu.

Jika anda tidak tahu jenama dan model peranti anda, anda boleh memeriksa menggunakan utiliti System Information. Lakukan demikian, mengikut langkah-langkah ini :


  • Klik Start-All program-Accessories
  • Kemudian ke System Tools dan pilih System Information. 
  • Explore di bawah senarai kumpulan System Information untuk kenalpasti peranti/alat-alat    tersebut 
 
System Information seperti yang dijelaskan di atas


Sebaik sahaja anda memuat turun semua driver dan peralatan ke dalam computer anda, pindahkan ia ke dalam pemacu mudah alih seperti CD-R atau sekeping cakera liut.

1 comment:

  1. nak format ngn windows seven plak??

    nak masukkan video dlm post bleh upload terus je dari laptop kalau xnak amik dri utube..

    ReplyDelete