Wednesday, August 17, 2011

Pengenalan Basic of Formatting PC (E-training)

Basic PC Format (E-Training) merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk menambah pengetahuan tentang panduan memformat komputer dengan cara yang betul.Di sini akan memaparkan cara memformat dalam dua jenis windows iaitu windows 7 dan windows xp. Format PC merupakan salah satu cara troubleshoot yang boleh di gunakan dalam penyelesaian masalah yang berlaku pada komputer.Basic PC Format (E-Training) ini memberi manfaat dan kebaikan kepada pengguna yang tidak mengetahui cara memformat komputer dengan betul. Pengguna juga dapat pengetahuan baru berkaitan dengan bidang IT. Bagi memudahkan pemahaman anda, cara memformat akan ditunjukkan dalam bentuk gambar dan video yang disertakan dengan langkah-langkah kerja dalam bentuk tulisan yang mudah difahami.Melalui ruangan ini, dapat memperkenalkan salah satu pengetahuan asas IT kepada semua lapisan masyarakat. Proses memformat komputer sendiri dapat menambah pengetahuan, membina kemahiran dan keyakinan anda untuk melakukan penyelenggaraan dan baik pulih sistem komputer dengan mudah dan menjimatkan kos perbelanjaan.

No comments:

Post a Comment