Monday, September 19, 2011


Windows adalah salah satu software sistem operasi yang dikeluarkan oleh perusahaan Microsoft Inc. Microsoft Windows adalah software sistem informasi yang paling popular untuk para pengguna PC. Tampilan Windows yang “user friendly” membuatnya menjadi pilihan utama.

Melihat perkembangan Windows yang sangat pesat yang dimulai dari awal tahun 90-an dengan mengeluarkan Windows versi 3.11 lalu diikuti dengan Windows 95, 98, 2000, Me, Windows Xp dan Windows 7 .Semakin baru versi Windows semakin memudahkan para penggunanya dalam menggunakan sistem operasi tersebut mahupun dengan dorongan dari software aplikasi yang lain.


Saturday, September 17, 2011

Linux


Linux adalah sistem operasi seperti Windows yang mempunyai banyak versi iaitu

Terdapat perbezaan antara Linux dan Windows antaranya :














Selain dari aspek konfigurasi sistem, terdapat banyak lagi aspek pebezaan antara Linux dan Windows Iaitu dari segi perkembangan awal, HAKI, kelengkapan program dan Program aplikasi,


Sejarah Linux

Pengasas Linux : Linus Benedict Torvalds. Linux diperkenalkan pada tahun 1992 dan telah dibangunkan oleh ratusan jurukod/programer di seluruh dunia. Antara tokoh yang sinonim dengan Linux lainnya ialah :


Friday, September 16, 2011

Linux Fedora


Fedora adalah operating system berasaskan Linux yang menampilkan perkembangan muktakhir dalam opensource sistem. Fedora selalu bebas untuk siapa pun untuk menggunakan, mengubah, dan menyebarkannya. Fedora dibangun oleh programer2 dan freelancer di seluruh pelusuk benua yang bekerja samada dalam komuniti ataupun untuk Projek Fedora. Projek Fedora terbuka dan semua orang. Sesiapapun boleh memberikan hasil idea atau kepakaran masing-masing dalam menyumbang kemajuan hasil sistem fedora. Projek Fedora jauh kehadapan kita. Memimpin, berkembang pesat untuk menjadikannya sistem yang paling laris dan popular untuk abad ini. Fedora (sebelumnya bernama Fedora Core, juga disebut juga dengan Fedora Linux) adalah sebuah distro Linux menggunakan package RPM dan installation YUM yang dikembangkan oleh Fedora Project. Ianya dijana oleh komuniti pemprogram serta ditaja oleh Red Hat. Nama Fedora berasal dari karakter fedora yang digunakan di logo Red Hat. Pada keluaran 1 sampai 6, distro ini dinamakan Fedora Core yang kemudian berubah menjadi Fedora pada keluaran ke.


Tutorial installation Fedora



Linux openSUSE


openSUSE, adalah sistem operasi umum yang dibina dari Linux kernal yang terbaru, dihasilkan dari komuniti yang dibiayai dan disokong oleh openSUSE project serta Novell. Selepas memperolehi SUSE Linux pada tahun 2004, Novell buat keputusan untuk hasilkan SUSE Linux Proffesional yang ianya 100% percuma berasaskan projek opensource yang disertai oleh komuniti dan developer.

Pada peringkat awal distro yang dikeluarkan oleh projek komuniti adalah versi Beta SUSE Linux 10.0. Pada Nov 2009 pula, openSUSE telah menghasilkan keluaran yang stabil iaitu openSUSE 11.2. openSUSE dihasilkan oleh openSUSE komuniti dan ditaja oleh Novell untuk dibangunkan dan diselaraskan komponen-komponen SUSE Linux distributions. 

openSUSE popular pada pengguna Desktop dan ianya banyak digunakan dalam organisasi atau syarikat-syarikat besar yang kendalikan sejumlah besar komputer untuk gantikan sistem operasi berlesen seperti Microsoft Windows. openSUSE juga cekap dalam laksanakan proses networking dan program-program C++, java dan web base system.

openSUSE sangat menarik apabila dipadankan dengan KDE desktop. Keluaran KDE terbaru untuk openSUSE adalah versi KDE 4. Ianya versi terbaru dan masih dalam peringkat update.


Tutorial Open SUSE




SELAMAT mencuba..............!


Linux Ubuntu


Ubuntu merupakan sebuah sistem operasi yang berasaskan Linux atau lebih tepat lagi menggunakan pengeluar Debian Linux. Secara mudahnya, Ubuntu adalah satu lagi pilihan selain dari Windows untuk digunakan bersama perkakasan komputer. Lebih menarik, Ubuntu berasaskan sumber terbuka dan bebas, maka ia boleh digunakan secara percuma tanpa sebarang bayaran ataupun lesen.

Sejarah Ubuntu

Syarikat yang bertanggungjawab untuk pembangunan sistem ini ialah sebuah syarikat berpangkalan di UK Canonical. 
Ubuntu mengambil nama sempena ideologi Afrika Selatan membawa maksud “kemanusiaan kepada semua”.
 Ltd dengan kerjasama Ubuntu Faundation. Syarikat ini dimilki oleh warganegara Afrika Selatan iaitu Mark Shuttleworth.

Mark Shuttleworth

Bermula apabila mark Shuttleworth mengumpulkan penggiat perisian sumber terbuka sekitar 2004 untuk membangunkan sebuah sistem operasi berasaskan linux yang baru. 6 bulan kemudian, terbitlah hasil pertama mereka dengan menggunakan nama Warty Warthog bernombor siri 4.10 yang melambangkan tahun (4=2004) dan bulan (10). Dalam tempoh masa 2 minggu sahaja selepas versi 4.10 dikeluarkan, Ubuntu yang berketurunan daripada Debian mampu menarik sehingga 3000 pembangun dan penyumbang idea untuk memantapkan lagi versi seterusnya.


Tutorial Installation Ubuntu


SELAMAT MENCUBA.....!




Tuesday, September 13, 2011

Pemasangan Ubuntu Gusty Gibbon

Langkah demi langkah Pemasangan Ubuntu Gusty Gibbon
(Dual-Boot dengan Windows XP dan lain-lain)

  • Muat turun (download) ubuntu fail dari website Ubuntu yang menepati jenis prosesor komputer yang digunakan  (i386 atau amd64)
  • Burn .iso file itu tadi dalam bentuk cd image menggunakan software burner seperti Nero dan seumpamanya . (saya cadangkan 8x speed)
  • Masukkan cd yang telah di burn itu tadi ke dalam cd/dvd room dan restart komputer.
  • Selepas komputer restart, biarkan komputer load untuk masuk ke laman cd  live bagi Ubuntu dan bersedia untuk install. Anda akan masuk ke laman seperti di bawah.

  • Untuk menginstall ubuntu ke dalam komputer, anda perlu double klik pada ikon install pada desktop.
  • Kemudian anda perlu setting komputer anda. 
Langkah 1 : Bahasa pilihan


Langkah 2 : Pilih lokasi


Langkah 3 : Memilih format papan kekunci


  • Hard disk Partitioning (pembahagian hard disk) ; untuk dual boot dengan sistem operasi (OS) lain, anda perlu memilih Pilihan pertama iaitu Guided IDE1 .....
  • Tentukan ruang yang ingin anda peruntukan untuk Ubuntu (Minimum = 4GB), lagi besar lagi bagus, saya cadangkan 10GB ke atas.
**AWAS-LANGKAH KE-9 INI SANGAT PENTING. BACA BERHATI-HATI ATAU DATA ANDA DALAM WINDOWS AKAN LENYAP!
  • Masukkan data anda ; saya cadangkan ruang password, sila gunakan password yang pendek dan mudah diingat . Ini kerana, apabila menggunakan Ubuntu, anda perlu masukkan Password ini setiap kali untuk install sesuatu software.
  • Bersedia untuk install.

  • Installing.....
  • Restart komputer anda!

Akhir sekali, SELAMAT DATANG ke dunia Ubuntu...! dan Selamat mencuba...

Thursday, September 08, 2011

Back-up Activities

Dalam mengemaskini fail dan dokumen dalam sistem rangkaian proses back-up perlu kerana ia adalah satu proses menyalin data fail di dalam media yang bersesuaian untuk disimpan sebagai set simpanan keselamatan dalam satu medium kekal untuk kegunaan kecemasan apabila data sebenar rosak.

Kepentingan Back-up

  • Menyimpan data-data mustahak ke dalam disket, tape atau medium yang boleh di ubah.
  • Alternatif yang sesuai jika data yang hendak disimpan terlalu besar, dinasihatkan anda menggunakan medium berkuasa tinggi tape dan Removel High-Capacity magnetic disk atau jaz disk-tape drives. Setiap jenis data yang kritikal hendaklah di'back-up sebelum memulakan proses installation.
  • Prosedur keselamatan back-up yang baik bergantung kepada upgrade plan yang lengkap. Ianya perlu diberi penekanan semasa merangka plan upgrade tersebut. Jika anda merancang untuk upgrade server, pastikan anda melakukan full backup sebelum memulakan operasi upgarding tersebut.
  • Kebanyakan penguna workstation tidak menjalankan operasi back-up setiap hari, walaubagaimanapun ianya disimpan secara perpindahan data ke dalam hard disk server. Ia boleh disimpan dan dipindah ke back-up tape dalam masa yang ditetapkan. 

Jenis Back-up

  • Full Back-up : Pilih kesemua fail da dalam hard disk untuk diback-up
  • Daily back-up : Proses dimana komputer hanya menyalin fail yang mempunyai bit capaian pada hari back-up dilaksanakan.
  • Selective/Differential backup : Hanya pilih fail dan direktori yang tertentu sahaja. Ianya lebih bebas untuk buat pilihan. Teknik ini sesuai bila suatu fail sering berubah-ubah atau ruang memori back-up terhad.
  • Increamental Back-up : Bagi fail-fail yang kerap kali perlu dipindah. Teknik ini tidak memerlukan pengguna membuka fail yang banyak dan sukar dikenalpasti. Jika ada perubahan data dalam fail tersebut,  pengguna hanya perlu overwrite data tersebut dalam fail yang sama tanpa perlu buka fail name baru berulang kali.

Kaedah dan jenis 'device media ' yang sesuai

kesesuaian saiz media

  • Kesesuaian back-up perlu diambil kira kerana kemampuannya untuk terima data dari keseluruhan PC untuk di pindah ke media tersebut kelak.
  • Gunakan back-up solution, ia boleh melakukan tugas back-up tanpa pengawasan.
  • Contoh media back-up yang boleh digunakan ialah lomega Zip Drive. ia adalah sala satu deice jenis 'removel storage device' dengan kapasiti 100MB, mudah dikendali dan tahap kecepatan yang stabil. Kesesuainnya bergantung kepada sistem yang anda gunakan
  • Antara media yang sesuai digunakan untuk aktiviti backup :-
              i.  Floppy disk
              ii.  Tape drives
             iii.  Removal storage drives
             iv.  External Hard disks
             v.  In-Place Hard Disks Duplication
             vi.  Network Backup
             vii.  File Archiving
            viii.  USB Drive


Wednesday, September 07, 2011

Memformat Komputer (Menggunakan Windows 7)


Windows 7 jauh lebih baik berbanding versi windows sebelumnya (xp dan vista). proses pemasangannya lebih mudah. hanya perlu ikut langkah-langkah pemasangan windows 7 ini. anda boleh pasang windows 7 melalui DVD Disk atau dengan USB bootable. Di sini saya akan menerangkan cara pemasangan /installation windows 7 ke komputer anda secara langkah demi langkah melalui gambar dan juga video. dengan pengetahuan ini, anda boleh membaik pulih komputer anda sendiri sekiranya komputer anda dilanda masalah (virus, file corrupt dan spyware). selain menjimatkan perbelanjaan, anda juga boleh menambah pendapatan dengan cara ini.

Sebelum memulakan pemasangan windows 7 ada beberapa benda yang perlu antaranya ialah
  1. Windows 7 DVD
  2. Komputer dengan spesifikasi di bawah (minimum, jika dapat lebih lagi baik)
  • 1 gigahertz (GHz) 32-bit (x86) atau 64-bit (x64) processor
  • 1 gigabyte (GB) RAM (32-bit) atau 2 GB RAM (64-bit)
  • 16 GB ruang hard disk  (32-bit) or 20 GB (64-bit)
  • DirectX 9 graphics device dengan WDDM 1.0 

Format Windows 7 (berpandukan gambar)
Format Windows 7 (berpandukan video)
Format Windows 7 menggunakan pendrive