Thursday, September 08, 2011

Back-up Activities

Dalam mengemaskini fail dan dokumen dalam sistem rangkaian proses back-up perlu kerana ia adalah satu proses menyalin data fail di dalam media yang bersesuaian untuk disimpan sebagai set simpanan keselamatan dalam satu medium kekal untuk kegunaan kecemasan apabila data sebenar rosak.

Kepentingan Back-up

  • Menyimpan data-data mustahak ke dalam disket, tape atau medium yang boleh di ubah.
  • Alternatif yang sesuai jika data yang hendak disimpan terlalu besar, dinasihatkan anda menggunakan medium berkuasa tinggi tape dan Removel High-Capacity magnetic disk atau jaz disk-tape drives. Setiap jenis data yang kritikal hendaklah di'back-up sebelum memulakan proses installation.
  • Prosedur keselamatan back-up yang baik bergantung kepada upgrade plan yang lengkap. Ianya perlu diberi penekanan semasa merangka plan upgrade tersebut. Jika anda merancang untuk upgrade server, pastikan anda melakukan full backup sebelum memulakan operasi upgarding tersebut.
  • Kebanyakan penguna workstation tidak menjalankan operasi back-up setiap hari, walaubagaimanapun ianya disimpan secara perpindahan data ke dalam hard disk server. Ia boleh disimpan dan dipindah ke back-up tape dalam masa yang ditetapkan. 

Jenis Back-up

  • Full Back-up : Pilih kesemua fail da dalam hard disk untuk diback-up
  • Daily back-up : Proses dimana komputer hanya menyalin fail yang mempunyai bit capaian pada hari back-up dilaksanakan.
  • Selective/Differential backup : Hanya pilih fail dan direktori yang tertentu sahaja. Ianya lebih bebas untuk buat pilihan. Teknik ini sesuai bila suatu fail sering berubah-ubah atau ruang memori back-up terhad.
  • Increamental Back-up : Bagi fail-fail yang kerap kali perlu dipindah. Teknik ini tidak memerlukan pengguna membuka fail yang banyak dan sukar dikenalpasti. Jika ada perubahan data dalam fail tersebut,  pengguna hanya perlu overwrite data tersebut dalam fail yang sama tanpa perlu buka fail name baru berulang kali.

Kaedah dan jenis 'device media ' yang sesuai

kesesuaian saiz media

  • Kesesuaian back-up perlu diambil kira kerana kemampuannya untuk terima data dari keseluruhan PC untuk di pindah ke media tersebut kelak.
  • Gunakan back-up solution, ia boleh melakukan tugas back-up tanpa pengawasan.
  • Contoh media back-up yang boleh digunakan ialah lomega Zip Drive. ia adalah sala satu deice jenis 'removel storage device' dengan kapasiti 100MB, mudah dikendali dan tahap kecepatan yang stabil. Kesesuainnya bergantung kepada sistem yang anda gunakan
  • Antara media yang sesuai digunakan untuk aktiviti backup :-
              i.  Floppy disk
              ii.  Tape drives
             iii.  Removal storage drives
             iv.  External Hard disks
             v.  In-Place Hard Disks Duplication
             vi.  Network Backup
             vii.  File Archiving
            viii.  USB Drive


No comments:

Post a Comment