Secara umumnya Windows 7 akan melakukan 2 perkara iaitu :
1. Kumpul maklumat
2. Pemasangan windows
Langkah 1 :
Masukkan CD/DVD Windows 7, dan reboot komputer anda. Screen akan memaparkan keadaan seperti gambar di bawah.
 |
Tunggu hingga selesai |
Langkah 2 :
Windows 7 akan memuatkan semua fail dari CD/DVD-ROM dan memulakan Windows 7 dengan pemilihan bahasa.
Anda perlu memilih bahasa untuk pemasangan, dan klik next untuk teruskan.
Langkah 3 :
Klik butang "install now" untuk teruskan pemasangan.
Langkah 4 :
Sila baca syarat-syarat lesen dan jangan lupa periksa dan klik pada kotak " I accept the license terms" dan klik next untuk teruskan.
Langkah 5 :
Pilih jenis pemasangan yang anda mahu, saya mengesyorkan anda mengambil cara ke-2 iaitu Install new copy of windows. Ini adalah untuk mendapatkan perstasi windows 7 yang sebenar di samping mengurangkan masalah-masalah semasa proses pemasangan.
1. Upgrade : meningkatkan versi windows yang lebih baru, dan menyimpan fail-fail anda,
tetapan dan program-program. Pilihan untuk menaik taraf hanya boleh didapati apabila
versi windows yang sedia ada sedang berjalan . Saya sarankan agar menbuat backup fail-
fail anda sebelum anda teruskan.
2. Custom (maju) : Pasang salinan windows yang baru. Pilihan ini tidak menyimpan fail-fail
anda, tetapan dan program.Pilihan untuk membuat perubahan kepada cakera dan sekatan
boleh didapati apabila anda memulakan komputer anda dengan menggunakan cakera
pemasangan. Kami mengesyorkan untuk membuat backup fail anda sebelum anda
meneruskan .
Klik custom untuk dapatkan pemasagan windows 7 baru.
Langkah 6 :
Pilih lokasi pemasangan Windows 7.
Klik Next.
Pemasangan Windows 7.Proses akan diteruskan dalam beberapa langkah :
Langkah 7 :
Proses pemasangan windows 7 akan bermula, ianya mengambil masa lebih kurang 15-40 minit bergantung pada kelajuan komputer. Beberapa permulaan semula akan berlaku.
Langkah 8 :
Masukkan nama dan nama komputer anda. Gunakan nama yang bersesuian agar mudah untuk anda kenalpasti komputer anda. Nama komputer anda dipaparkan dalam rangkaian.
Langkah 9 :
Tetapkan kata laluan untuk keselamatan sistem komputer anda.
.
Langkah 10 :
Di sini, anda perlu masukkan Windows 7 produk keys yang disertakan sekali apabila anda membeli DVD Windows 7.
Langkah 11 :
Windows 7 menyediakan 3 pilihan untuk membantu melindungi komputer dan secara automatic membaiki windows anda.
Gunakan tetapan yang dicadangkan : pemasangan penting dan mencadangkankan kemas kini , membantu menjadikan pelayaran internet selamat, memriksa talian untuk selesaikan masalah dan untuk membantu Microsoft memperbaiki windows.
Memasang kemas kini yang penting sahaja : hanya memasang kemas kini keselamatan dan update lain yang penting untuk Windows 7
Tanya saya kemudian : maka anda membuat keputusan, komputer anda mungkin terdedah kepada ancaman keselamatan. Saya memilih "Gunakan disyorkan tetapan '
Langkah 12 :
Setkan tarikh, masa dan zon masa. Klik Next.
Langkah 13 :
Sekiranya anda disambungkan kepada Internet, skrin berikut akan keluar. Tekan pada mana-mana pilihan anda. Terdapat 3 pilihan boleh didapati :
Home Network : Jika semua computer-komputer pada rangkaian berada di rumah anda dan anda mengenali mereka, ini merupakan satu rangkaian rumah yang boleh dipercayai. Jangan memilih rangkaian ini untuk tempat awam seperti kedai-kedai kopi atau lapangan terbang.
Work network : Jika semua computer dalam rangkaian ini di tempat kerja anda, dan anda mengenali mereka, ini adalah satu rangkaian kerja yang boleh dipercayai. Jangan memilih rangkaian ini untuk tempat awam seperti kedai kopi atau lapangan terbang.
Public network : Jika anda tidak semua computer dalam rangkaian (misalnya, di kedai kopi atau lapangan terbang, atau mempunyai jalur lebar mudah alih), ini adalah satu rangkaian awam dan tidak boleh dipercayai.
Langkah 14 :
Windows 7 akan mengakhirkan tetapan anda, hanya perlu tunggu.
Apabila semuanya OK, anda akan lihat paparan ini dan itu bermakna windows 7 telah berjaya dipasang dan anda boleh gunakannya dengan senyuman…J